Menurut Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Mahmud hari ini memberitahu mahkamah yang beliau membelikan anaknya, Raden Murya sebuah kereta Ferrari sewaktu anaknya itu berusia lapan tahun.
Beliau yang bercakap pada perbicaraan tuntutan mutaah RM100 juta terhadap beliau oleh bekas isterinya, Bekir berkata kereta itu dibeli kerana anaknya itu terlalu minatkan kereta Ferrari.
Kereta itu telah dibeli atas namanya kemudian ditukar kepada nama anaknya sendiri selepas beliau cukup umur 18 tahun.
“Sejak anak kecil lagi , dia minat Ferrari jadi saya telah belikan Ferrari kepadanya.
“Semasa dulu beli masa dia kecil, saya beli atas nama saya, sekarang saya alihkan atas nama anak,” Ujarnya ketika disoal .
Beliau juga berkata kepada pemberita di luar mahkamah kemudiannya, Bekir berkata kereta itu adalah sebuah Ferrari Modena 370 terpakai dan dibeli pada tahun 2001 dengan harga RM950,000.
“Dari awal lagi saya beritahu beliau itu adalah keretanya, dan apabila beliau berusia 18 tahun saya tukar nama kepada namanya,” ujarnya kepada pemberita.
Disamping itu juga, Pada 3 Jun lalu beliau memberitahu mahkamah yang beliau membelikan Shahnaz tiga buah kereta mewah untuk digunakan – Mercedes S Class dengan anggaran harga RM800,000, BMW X5 (RM600,000), dan pacuan empat roda Jeep Cherokee (RM500,000).
Beliau juga mengaku telah membelikan sebuah banglo berharga RM2 juta untuk Shahnaz dan anaknya di Damansara dengan pinjaman bank sebanyak RM1.5 juta.
0 comments:
Post a Comment