ads

Wednesday, February 5, 2014

Filled Under:

Wartawan ‘KACAK’ Jadi Tumpuan Penunjuk Perasaan Di Bangkok!!


Bayangkan apa anda rasa sebagai seorang wartawan yang sedang membuat liputan mengenai isu yang sedang hangat berlaku di sebuah negara lain.

Akan tetapi secara  tiba-tiba, anda pula yang menjadi ‘isu’ di negara tersebut sehingga setiap gerak langkah anda menjadi perhatian orang sekeliling anda .

Itulah yang telah berlaku terhadap wartawan, Daijiro Enami dari Fuji Television Network, Jepun yang datang ke Thailand semata-mata untuk membuat liputan mengenai pergolakan politik di negara itu.

Thailand yang dilanda kekacauan sejak November lalu  dimana penunjuk perasaan anti kerajaan telah menuntut Perdana Menterinya, Yingluck Shinawatra supaya berundur.

Oleh kerana kekacakan wajah dan tubuh sasa yang dimilikinya, Daijiro telah menjadi tumpuan orang ramai sehingga gambarnya tersebar di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

“Tanggalkan baju kalis peluru anda, saya sanggup gunakan tubuh saya untuk melindungi anda,” komen seorang pengguna internet, Noo Khon Dee.

Bukan sahaja para gadis, malah terdapat juga penunjuk perasaan lelaki yang yang turut serta mengambil peluang untuk bergambar dengan Daijiro.










0 comments:

Post a Comment