ads

Friday, February 7, 2014

Filled Under:

Obor-obor Gergasi Ditemui Terdampar Di Australia...


Para Saintis sedang berusaha untuk mengklasifikasikan spesies obor-obor gergasi yang baru, dijumpai terdampar di pantai Hobart, dekat Tasmania, Australia.
Obor-obor yang berukuran 1.5 meter itu, dijumpai oleh satu keluarga di selatan Tasmania, sebelum mereka bertindak dengan menghubungi ahli biologi marin tempatan.
Salah seorang daripada ahli keluarga berkenaan yang dikenali sebagai Josie Lim berkata, keluarganya menjumpai obor-obor berkenaan di ibu negeri Hobart dan penemuan itu amat mengejutkan mereka.
“Lokasi ini bukanlah kawasan habitat utama obor-obor dan apabila ia dijumpai kami berasa begitu teruja,’’ kata Lim.
Berdasarkan saintis daripada Organisasi Saintifik dan Penyelidikan Komanwel (CSIRO), Lisa Gershwin, pihaknya sebelum ini sudah menemui pelbagai jenis obor-obor, namun satu pun tidak pernah terdampar di pantai dan mempunyai saiz sebesar itu.
“Kami juga mengetahui spesimen ini, tapi masih lagi belum diklasifikasikan dan diberikan nama,’’ jelas Gershwin,
Ujarnya, spesies baru itu mempunyai kaitan dengan obor-obor singa iaitu obor-obor terbesar di dunia.
“Saiz obor-obor berkenaan begitu besar dan amat mengejutkan, namun haiwan ini tidak mengancam keselamatan manusia, walaupun mempunyai sengat,’’ kata Gershwin. 





0 comments:

Post a Comment