ads

Friday, February 7, 2014

Filled Under:

Wanita Dijumpai Mati Selepas 8 Tahun...


Selepas lapan tahun meninggal dunia , barulah rangka seorang wanita warga tua ditemui di kediamannya , demikian satu inkues yang dinamakan oleh media tempatan sebagai inkues ‘wanita Sydney yang dilupakan,’ .

Natalie Wood telah ditemui oleh pihak polis pada Julai 2011 selepas meninggal dunia pada awal 2004. Dia juga dipercayai terjatuh di bilik tidur dan tidak berdaya untuk bangun. Rumah teres yang hanya beberapa meter dari Stesen Sentra yang sibuk di bandar ini, kelihatan terbiar ketika mayatnya ditemui.

Menurut Detektif Kanan, Konstabel Andrew Wills telah memberitahu Mahkamah Koroner Glebe, tidak ada tilam, tiada televisyen dan juga peti sejuk di rumah yang dianggarkan bernilai hampir AUD$1juta (RM2.9 juta) itu. 

Walaupun tiada beg tangan atau dompet ditemui, cincin dan barang berharga lain masih tidak disentuh.

Menurut kata Will , Wood yang menetap di rumah itu sejak dilahirkan pada 1924, adalah seorang yang suka menyendiri dan pendiam .

Dia juga lebih suka berseorangan,” katanya kepada inkues itu.

Sampai satu tahap, dia menjawab ketukan pintu dengan menggunakan alat khas.” kata jiran Wood .

Wood tidak membuat sebarang wasiat yang menyebabkan kakak iparnya Enid Davis dan empat lagi sepupu telah membuat tuntutan ke atas harta pusaka yang ditinggalkan oleh beliau .




0 comments:

Post a Comment