ads

Tuesday, February 4, 2014

Filled Under:

Petua kekal Cantik Dan Langsing Seperti Luna Maya ...

Ramai yang terus mencemburui kecantikan semulajadi yang dimiliki pelakon dan pengacara popular Indonesia, Luna Maya sehinggakan ramai mengidolakannya daripada segi bergaya dan berfesyen.
Pastinya ramai yang mahu mengetahui apakah petua kecantikan bekas kekasih kepada Ariel Noah ni kan.
Bagi Luna dia suka mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan dan ia akan mengambil makanan seimbang setiap hari.
Disamping itu, Luna juga sudah dua tahun tidak mengambil makanan berdaging selain gemar melebihkan sayur dalam hidangan sehariannya.
“Sudah dua tahun saya tidak makan daging dan ramai ahli keluarga termasuk ibu hanya makan sayur,” kata pelakon berusia 31 tahun ini .
Buat yang mengagumi Luna yang juga merupakan juri tetap Maharaja Lawak Mega 2013 ini, jangan lupa ikut petua yang dikongsikannya itu untuk mendapatkan tubuh badan langsing dan cantik .






0 comments:

Post a Comment