Seperti ibu-ibu yang lain, Instagram @2sisters_angie pada mulanya hanya memaparkan gambar anak perempuan Angie yang sedang membesar melakukan pelbagai aktiviti.
Namu begitu sejak sembilan bulan lalu, gambar-gambar yang dimuat naik di Instagram tersebut sudah mulai berubah.
Anak kecil Angie yang berusia 4 tahun dan dipanggil Mayhem, dia dilihat mula cenderung ke arah fesyen dan berminat mereka pakaiannya sendiri.
Mayhem yang gemar menggunakan skaf, perca kain dan baju-baju ibunya untuk mencipta pelbagai gaya.
Hinggalah pada satu hari, Angie yang sudah mula rasa tidak seronok melihat pakaiannya menjadi mainan Mayhem mencadangkan agar mereka menggunakan kertas sahaja.
Tanpa banyak berbicara idea tersebut dipersetujui Mayhem dan sejak itu, ibu dan anak ini mula mereka beraneka pakaian bersama-sama.
Bermula daripada pakaian menggunakan kertas yang ringkas, dan lama kelamaan Angie dan Mayhem mula menjadi kian kreatif dan mahir.
Lihat sajalah perubahan demi perubahan ini:
Kertas yang digunakan Angie dan Mayhem bukan sahaja melibatkan kad manila malah kertas tisu, pembalut hadiah dan beg kertas.
Kadang-kadang mereka juga turut menggabungkan skaf, kertas timah dan lain-lain sebagai hiasan tambahan.
Menurut sumber inspirasi pula tidak terhad – daripada rancangan televisyen, filem, tempat yang dikunjungi mereka, pentas peragaan hinggalah busana yang dikenakan selebriti dikarpet merah ketika majlis penyampaian hari anugerah.
Ini merupakan salah satu contoh aktiviti yang menarik dilakukan oleh ibu bapa bersama anak mereka.
Bayangkan jika pada usia 4 tahun lagi Mayhem sudah menunjukkan minat dan bakat luar biasa begini, pastinya apablia dia membesar menjadi pereka hebat satu hari nanti .
0 comments:
Post a Comment