Pastinya dengan penjelasan video ini akan dapat merungkaikan kemusykilan anda mengenai perkara ini.
Namun begitu menurut video ini, masyarakat Cina percaya bahawa setiap satu jari itu melambangkan simbolik perhubungan kita dengan manusia di sekililing kita.
Sebagai contoh, ibu jari mewakili ibu bapa kita, jari telunjuk (adik-beradik), jari tengah (diri sendiri), jari manis (pasangan) dan jari kelingking (anak-anak).
Melalui demonstrasi yang ditunjukkan apabila kita menggabungkan kesemua kesepuluh jari, dapat dilihat masih ada ruang di antara empat jari tersebut untuk berpisah, tetapi tidak di jari manis.
Dari situ, mereka juga percaya yang jari manis memang dikhaskan untuk cincin perkahwinan kerana hubungan dengan pasangan suami isteri tidak mungkin dapat dipisahkan seperti mana hubungan dengan ibu bapa, adik-beradik dan anak-anak.
0 comments:
Post a Comment