Kecantikan seorang model, Valeria Lukyanova, yang terkenal hanya disebabkan dia mendakwa dirinya Barbie, sekali lagi mencipta kontroversi.
Kali ini Lukyanova mendedahkan dia tidak makan atau minum lagi.
Menurut model berusia 23 tahun itu , dia mengamalkan ‘Breatharianism’ dan melatih dirinya untuk hidup dengan hanya bergantung kepada cahaya dan udara.
“Dalam masa beberapa minggu ini saya tidak berasa lapar langsung dan berharap dalam fasa akhir saya boleh bergantung kepada udara dan cahaya sahaja untuk hidup ,’’ katanya.
Breatharianism adalah gelaran bagi mereka yang tidak makan atau minum . Amalan ini telah dikecam hebat kerana ia menyebabkan masalah kesihatan, malah beberapa pengamalnya telah mati akibat kebuluran.
Dengan keadaan badannya yang kurus itu, Lukyanova percaya ia dapat membentuk kesempurnaan dalam dirinya .
Wanita ini juga telah menjadi kontroversi selepas mahu dirinya diangkat sebagai wanita paling sempurna di internet.
Ia bukan kali pertama Lukyanova melakukan perkara yang dianggap pelik.
Jika sebelum ini dia telah mendakwa dirinya boleh bercakap dengan makhluk asing dan mempunyai keupayaan untuk mengembara ke masa silam.
Dia juga percaya dia berasal dari planet lain namun baru-baru ini mendedahkan bahawa dia telah mengunjungi pakar sakit jiwa kerana mendengar bunyi-bunyian dalam kepalanya.
0 comments:
Post a Comment