ads

Wednesday, January 29, 2014

Filled Under:

Wanita Paling Tinggi Di Dunia Jalani Pembedahan

           
Seorang wanita yang mendapat jolokan wanita tertinggi dunia akhirnya akan berhenti `membesar’ selepas doktor berjaya membuang tumor di dalam otaknya, dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa wanita tersebut.

Siddiqa Parveen, yang mempunyai ketinggian kira-kira 7 kaki 8 inci, terpaksa melalui perjalanan sejauh 1,000 batu dari kampungnya di West Bengal ke Delhi bagi menjalani pembedahan tersebut .

Siddiqa Parveen yang mengalami pembesaran luar biasa akibat tumor tersebut juga berdepan dengan masalah tulang belakang dan juga bakal kehilangan penglihatan.

Beberapa keretakan di bahagian tulang belakangnya dan dia juga tidak boleh berdiri tegak sejak beberapa tahun lalu dan jika berat badannya terus bertambah, maka kemungkinan tulang itu akan patah adalah tinggi .

Kata pakar bedah Dr Ashish Suri, dari All India Institute of Medical Sciences, tumor itu telah pun dibuang menerusi hidungnya dengan menggunakan endoscope.


Menurutnya lagi , memandangkan tubuh Siddiga sangat besar, maka pihak hospital terpaksa menyediakan meja pembedahan yang agak besar .

Meskipun ia mengalami kehilangan darah semasa pembedahan, namun dia berada dalam keadaan yang stabil.

Ketinggian luar biasa itu juga membolehkan nama Siddiqa tercatat dalam Guinness Book of Records sebagai wanita pertama paling tinggi di dunia.

Dia kini telah dipindahkan ke wad biasa namun masih dalam pemerhatian doktor .




0 comments:

Post a Comment