ads

Wednesday, January 29, 2014

Filled Under:

Rumah ini dikatakan rumah Anti-Kiamat ....

Rumah anti-kiamat ini memiliki keluasan hampir 390,19 meter persegi, dan ia terletak di Yellow Jacket, sebuah kota sepi di Colorado, Amerika Syarikat .

Struktur dinding rumah ini diperbuat dari konkrit yang dilapisi bata tebal. Itu membuat struktur rumah ini begitu kuat, sehingga dikatakan dapat menahan gerak gempa. 

Apabila dilihat dari luar, rumah ini hanya nampak seperti sebuah bangunan yang agak membosankan. 

Akan tetapi , jika dilihat dari dalam, ini merupakan sebuah rumah mewah yang dilengkapi dengan rekaan dalaman yang begitu indah. 

Ini juga mungkin adalah bunker paling mewah yang pernah wujud di dunia. 

Bukan itu sahaja rumah ini  memiliki sistem tujuh tahap penyaringan air dan empat sistem daya yang dipasang terpisah di rumah tersebut. 

Sebagaimana yang pernah disiarkan oleh Curbed.com, rumah ini juga memiliki menara radio setinggi 30,48 meter dan sebuah landasan helikopter diatasnya  

Rumah ini juga dibina pada tahun 2003 yang lalu, dan sekarang ia dijual pada harga USD 11.5Juta.











0 comments:

Post a Comment