ads

Thursday, January 30, 2014

Filled Under:

Kerana Paypal Salah Kreaditkan Wang lelaki ini muncul lelaki terkaya di dunia.....


Seorang lelaki amat terkejut selepas mendapati akaun Paypal miliknya mempunyai nilai wang sebanyak 17 angka iaitu melebihi daripada kepunyaan orang terkaya di dunia ketika ini iaitu Carlos Slim Helu.
Lelaki itu bernama Chris Reynold, 56, dan ia berasal dari Delaware, US itu menyatakan bahawa dia sangat terkejut selepas membaca penyata bulanan yang telah dihantar oleh Paypal melalui email beberapa hari lalu kepadanya yang menunjukkan bahawa terdapat baki wang yang agak mengejutkan dalam akaunnya..
Raynold turut menyatakan bahawa dia sememangnya telah menggunakan perkhidmatan Paypal sejak dari 10 tahun lalu untuk membeli dan menjual bahagian barangan kereta vintage melalui Ebay dan menyatakan bahawa dia biasanya membelanjakan tidak lebih dari $100 dalam sebulan.
Jumlah wang yang dilaporkan oleh media adalah sebanyak 17 angka @ USD 92.233.720.368.547.800 Quadrillion iaitu sejuta kali ganda lebih kaya daripada orang terkaya di dunia kini, Carlos Slim yang juga merupakan pemilik syarikat telekomunikasi Maestro Mexico .

Raynold juga turut menyatakan keinginannya untuk membeli kelab liga besbol Philadelphia Phillies dan membayar segala hutang selepas terkejut melihat nilai wang dalam Paypal miliknya itu.
Bagaimanapun kekayaannya sebagai “orang terkaya di dunia” hanyalah sementara  apabila selepas dia memeriksa baki akaun miliknya secara online, baki dalam akaunnya hanyalah menunjukkan jumlah sifar kerana telah diperbaiki oleh Paypal yang berjaya mengesan kesilapan itu lebih awal.
Paypal juga mengakui tersilap mengkreditkan jumlah tersebut ke akaun seorang lelaki (Raynold) sebelum mereka bertindak dengan memberikan sejumlah wang sebagai pampasan .




0 comments:

Post a Comment