ads

Thursday, January 30, 2014

Filled Under:

Lelaki hadir upacara pengkebumian diri sendiri....

Semasa sanak saudara sedang meratapi kesedihan dan pemergian seorang lelaki yang dikenali sebagai Gilberto Araujo, lelaki yang dianggap sudah mati ini tiba-tiba hadir di majlis pengebumiannya. 
Setelah menerima khabar kematian dari kenalan rapat mahupun ahli keluarga sendiri sudah tentunya mendatangkan 1001 perasaan sedih yang sukar untuk digambarkan. 
Bermula awal proses mengkafankan jenazah sehinggalah ke tanah perkuburan, sanak saudara dengan wajah sugul kelihatan sedih. 
Namun apakah reaksi kita apabila tiba-tiba orang yang sepatutnya berada dalam kain kafan yang berbalut tiba-tiba datang menghampiri kita. 



Itulah yang terjadi apabila satu perhimpunan keluarga meratapi kematian saudara agak terkejut dan hampir pengsan apabila simati dalam majlis pengkebumian itu tiba-tiba muncul dan berjalan kearah mereka . 
Dalam kes yang pelik ini, kerana kesilapan identiti, berita pembunuhan Gilberto Araujo di tempat pencuci kereta, telah disampaikan kepada keluarga oleh polis tempatan di Sao Paulo, Brazil pada Ahad yang lalu. 
Selepas itu, seluruh keluarga ‘simati’ telah dipanggil ke bilik mayat untuk membuat sesi kenal pasti mayat. 
‘Si mati telah dikenali sebagai Gilberto Araujo, dan dia dibawa pulang untuk disemadikan. Rupa-rupanya mayat itu bukanlah Gilberto Araujo. 
Abang Gilberto Araujo, Jose Marcos Araujo begitu tertipu kerana kesamaan mereka berdua . 
Si mati itu juga dikenali sebagai Genivaldo Santos Gama, yang nampaknya memiliki rupa dan fizikal yang agak sama dengan adiknya.




0 comments:

Post a Comment