ads

Thursday, January 30, 2014

Filled Under:

Gambar rumah mewah Azhar Sulaiman

Pelakon terkenal Azhar Sulaiman merupakan seorang Arkitek, Pengacara dan Pereka Set TV/Filem di Malaysia.

Beliau juga menceburio bidang lakonan pada tahun 1989 iaitu melalui Drama Cinta Dan Sayang bersama Norlida Ahmad / Connie. Pada tahun itu juga beliau telah memulakan pengajian dalam bidang Diploma Senibina di ITM Manjung,Perak Darul Ridzuan.

Sepanjang perjalanan karier beliau sebagai pelakon TV dan Filem berjalan serentak semasa beliau menuntut di ITM Manjung,Perak.

Azhar Sulaiman masih lagi aktif berlakon disamping melakukan perkerjaan lain seperti bekerja sebagai arkitek sepenuh masa di Design Nexus Architect dan mula mereka cipta set untuk drama dan filem.

Beliau juga menjalankan Projek Arkitek untuk bangunan Studio Filem baru syarikat KRU di Cyberjaya dan juga merupakan pereka set untuk filem Cicakman terbitan KRU.

Azhar Sulaiman juga pernah menjadi pengacara rancangan Kunci Khazanah musim pertama dan kedua suatu ketika dahulu .

Perpustakaan Negara pernah menjadikan Azhar Sulaiman sebagai IKON Perpustakaan Negara bagi Kempen Bulan Membaca pada tahun 2008.

Beliau juga kini sangat aktif dalam kerja-kerja amal dan kemasyarakatan seperti memberi ceramah motivasi dan teknik kemahiran hidup kepada para pelajar sekolah dan juga para pelajar universiti.










0 comments:

Post a Comment