ads

Tuesday, January 28, 2014

Filled Under:

Linda Onn Tayang Suami Dalam Majlis Resepsi Sederhana


Ia bukanlah sebuah majlis resepsi besar-besaran, namun penyampai radio popular Linda Onn nampaknya selesa mengadakan sebuah majlis penuh sederhana yang dihadiri oleh hampir 300 tetamu.

Bertempat di Restoran Hadramawt Jalan Ampang di sini malam tadi, majlis resepsi ini bukan sahaja dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah mempelai, malahan juga rakan artis yang selama ini menyokong kerjayanya.

Majlis bermula sekitar jam 8.30 malam, antara selebriti yang hadir memeriahkan majlis resepsi berkenaan iaitu Dato Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk K, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datin Paduka Umie Aida, Sheila Rusly,Betty Banafe, Rabecca Nur Islam, Fara Fauzana dan Azwan Ali.

Majlis juga semakin berseri apabila Linda Onn,36 buat pertama kalinya turun dari tangga restoran sambil dipimpin suami tercinta , Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 34 sebagai simbolik mereka kini sah sebagai pasangan suami isteri.








Kehadiran Linda Onn cukup ringkas tetapi anggun apabila mengenakan gaun malam serba putih dengan rambut dibiar lepas dan tersemat bunga merah di kepala. Manakala suaminya segak dengan sut hitam dan putih.

Disamping itu juga Linda Onn dan Ungku Azhar menyemarakan acara dengan tarian seiringan berlatar belakangkan irama romantis dan kemudian telah menjemput Dato Siti Nurhaliza untuk menari bersama-samanya.

Salah seorang teman Linda Onn iaitu Kem Salleh, majlis telah berlangsung dalam suasana cukup sederhana tetapi istimewa, walaupun tiada kehadiran pelamin mahupun dekorasi seperti kebanyakan majlis resepsi lain.

Majlis ini memang sederhana. Hanya sedikit dekorasi di pintu masuk yang lainnya tiada. Pelaminpun tiada. Tapi saya dapat rasakan kemeriahannya terutama apabila ada rakan artis dan sesi tari menari yang menyemarakan lagi acara pada malam itu.
“Cukup istimewa apabila Linda Onn tiba-tiba turun dari tangga bersama-sama suaminya. Kemudian dilengkapkan dengan acara memotong kek dan tari pelbagai lagu termasuk lagu pocho-pocho,” katanya yang mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Penyampai radio Suria FM itu telah menjadi isteri yang sah kepada, Ungku Azhar pada 27 Disember lalu pada majlis pernikahan yang diadakan di kediaman mewah Linda Onn di Setiahills Bukit Indah, Ampang.








0 comments:

Post a Comment