
Doktor telah berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang memenuhi hampir 70 peratus perut seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di China.
Ibu kanak-kanak terbabit telah mendapatkan rawatan doktor setelah berat badan kanak-kanak berkenaan semakin susut dan rambutnya mulai gugur.
Selepas menjalani imbasan CT, doktor telah mengesan sesuatu yang berukuran hampir satu kaki.

Setelah pembedahan dijalankan, doktor dan ibu mangsa terkejut apabila mendapati terdapat gumpalan besar rambut di dalam perut kanak-kanak terbabit.
Ibu mangsa berkata, dia tidak menyangka perbuatan anaknya yang suka memasukkan rambut ke dalam mulut itu boleh mengakibatkan perkara berkenaan.
Doktor turut menjalankan satu ujian mental terhadap kanak-kanak berkenaan bagi mengesan punca mengapa dia gemar memakan rambut, habuk serta barangan pelik yang lain
0 comments:
Post a Comment