ads

Friday, January 17, 2014

Filled Under:

Khasiat Buah Sitrus ....

Limau atau oren mesti orang kaitkan dengan vitamin C. Begitu juga dengan Ribena. Sinonim betul Ribena dengan vitamin C . Tapi apa pula khasiat vitamin C untuk kesihatan tubuh kita. 

Tak boleh nafi khasiat sitrus
Tiada siapa dapat menafikan  bahawa buah sitrus yang rasanya masam mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. Buah sitrus ialah jenis limau sama ada oren, lemon, limau nipis, limau bali, limau kasturi, limau purut mahupun limau mandarin.
Ia juga boleh dimakan segar, diperah untuk dijadikan minuman, bahan dalam masakan atau diparut sebagai perisa kek, kuih-muih atau bahan perapan. Umumnya, semua maklum buah ini kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit.
Vitamin C bertanggungjawab bagi membentuk kolagen yang baik untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang serta membantu proses penyembuhan luka.
Buahan sitrus juga :
  • baik untuk kesihatan jantung, penglihatan serta
  • mengurangkan risiko penyakit kanser.
  • Ia juga memiliki kelebihan sebagai antioksidan,
  • membantu mengawal tekanan darah,
  • mengurangkan risiko penyakit strok di kalangan wanita serta
  • membantu perkembangan otak janin.
                              

Buah Oren juga mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa. Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
Namun begitu jika dimakan berlebihan, ia mendatangkan keburukan. Kanak-kanak misalnya gemar menghisap atau mengemam buahan sitrus di dalam mulut dalam tempoh lama.
Tabiat ini akan menyebabkan mineral penting pada gigi terjejas, di samping menghakis permukaan luar gigi disebabkan kandungan asid tinggi dalam buahan sitrus. Akibatnya, gigi menjadi sensitif atau mudah ngilu ketika makan makanan atau minuman sejuk.
Pencuci mulut, kek atau puding daripada buahan sitrus sememangnya membuka selera kerana mempunyai gabungan rasa manis dan manis. Apapun, pengambilan berlebihan selain tanpa penjagaan gigi yang baik boleh menyebabkan kerosakan gigi, terutama di kalangan kanak-kanak. 




0 comments:

Post a Comment