
Makan makanan rendah/bebas lemak
Makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Ia berdasarkan kajian yang telah dilakukan dan sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Namun begitu ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar dengan kadar lebih cepat. Makanan yang mengandungi banyak kalori perlu dielakan seratus peratus dan anda dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan pemakanan yang betul dari pakar pemakanan .
Tidur terlalu sedikit/banyak
Daripada kajian yang telah dilakukan oleh Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda.Tidur yang berlebihan adalah merupakan punca gemuk yang utama.
Minuman bergas
Dapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 % . Penyelidik telah membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang individu .

Elak waktu makan
Kajian yang ditunjukkan oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika telah bersetuju bahawa mereka mengelak untuk makan semata-mata untuk kurus. Akan tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini adalah kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan secara langsung merangsang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah lebih tinggi.
Makan terlalu cepat
Daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebihan. Ini adalah kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang mencukupi . Ia adalah merupakan punca gemuk utama dan masih ramai yang tidak menyedarinya .
0 comments:
Post a Comment