Maksud Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut .
Minyak Kelapa Dara Asli
Ia telah diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat hampir 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic.
Kajian sains juga telah menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita.
Ia juga sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.
Apakah Khasiat Minyak Kelapa Dara dan Siapakah Yang Boleh Mengamalkannya?
Bagi kecantikan Luaran:
- Minyak Kelapa Dara sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis buta, kurap, panau, bersisik, ruam, ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat , telinga benanah, serta resdung, batuk kering, sakit kuning dan lain-lain.
- Minyak Kelapa Dara telah membantu mengurangkan berat badan dan kegemukan berlebihan dengan meningkatkan angka metabolik
- Minyak Kelapa Dara juga digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga dengan pilihan untuk disimpan sebagai lemak-lemak dieter yang lain.
- Minyak Kelapa Dara jika disapu, ia dapat membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus.
- Minyak Kelapa Dara dapat mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
- Minyak Kelapa Dara dapat melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kulit anda.
0 comments:
Post a Comment