Kerap kencing tanda sakit
Ramai yang rmasih merahsiakan derita buang air kecil yang jadi petanda pundi kencing bermasalah
Kekerapan membuang air kecil dapat menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi ia turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB).
Kebanyakkan mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka bahawa mereka malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah ini sukar kawal dimana kencing (incontinent) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian.
Ramai yang tidak mengetahui masalah ini dan menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya dapat dirawat. Tindakan membiarkan masalah itu dari terus berlarutan sebaliknya akan mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.
Apakah puncanya OAB ini?
Ia disebabkan keadaan pundi kencing yang terlalu aktif sehingga menyebabkan pesakit perlu kerap ke tandas.
Tanda-tanda paling penting OAB adalah rasa terdesak untuk buang air kecil, diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga dua kali atau lebih pada waktu siang atau malam untuk kencing.
Bagaimanapun OAB juga boleh wujud pada individu yang mempunyai sistem saraf yang normal. Sebagai contoh jangkitan saluran kencing, batu karang atau ketumbuhan pundi kencing boleh menyebabkan aktiviti melampau pada otot ‘detrusor’ yang membawa gejala OAB. Apapun, punca sebenar yang menyebabkan OAB masih tidak dapat dipastikan.
Pakar urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia (CFM), Dr Peter Ng, menjelaskan OAB boleh dilihat berdasarkan tiga ciri utama iaitu kekerapan, terdesak/gesaan dan bangun malam (F.U.N Frequency Urgency and Nocturia).
“Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas berkali-kali manakala terdesak/gesaan menjelaskan rasa terdesak untuk membuang air kencing yang sukar ditangguh. Bangun malam pula merujuk kepada perbuatan sering bangun malam untuk membuang air kecil. Antara semua tanda-tanda ini, kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian OAB.
“Selain itu, tidur dan rehat pesakit dan pasangannya juga boleh terganggu kerana sering terbangun malam untuk buang air kecil,” katanya .
Menurutnya, masalah itu menyebabkan penghidap OAB terpaksa memikirkan lokasi tandas berhampiran tempat dituju.
“Akibatnya, mereka akan rasa tertekan, menyisihkan diri dan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas,” katanya.
Tambah Dr Peter lagi, ramai yang menghidap OAB keberatan untuk mendapatkan rawatan walaupun sekian lama terganggu akibat desakan untuk ke tandas. Ada yang malu untuk membincangkan secara terbuka manakala ramai yang menyangka ia adalah sebahagian daripada proses penuaan dan tidak perlukan perhatian dari segi perubatan.
“OAB adalah penyakit yang disahkan dan boleh dirawat dengan bantuan perubatan. Malah amalan senaman yang betul seperti senaman Kegel untuk melatih otot pelvik; melatih otot vagina; stimulasi elektrikal lantai pelvik selain terapi untuk melatih tabiat buang air kecil yang lebih sistematik boleh membantu,” katanya.
Antara Jenis ubatan yang digunakan bagi melegakan masalah kesihatan ini ialah Oxybutinin (Ditropan), Tolterodine, Darifenacin dan yang terbaru iaitu Solifenacin atau Vesicare.
Risiko OAB
-Usia yang lanjut (20 peratus populasi berusia 70 ke atas mungkin akan melaporkan tanda OAB)
-Strok
-Kecederaan saraf tunjang
-Dementia
-Penyakit Parkinson
-Diabetes
-Pembesaran prostat
-Pembedahan prostat
-Hamil kembar
-Strok
-Kecederaan saraf tunjang
-Dementia
-Penyakit Parkinson
-Diabetes
-Pembesaran prostat
-Pembedahan prostat
-Hamil kembar
Cara tangani OAB
-Ambil kira jumlah pengambilan cecair dan waktu pengambilannya.
-Jauhi minuman kafein.
-Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang berserat.
-Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing.
-Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong.
-Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari. Misalnya, setiap dua atau tiga jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil.
-Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda.
-Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil.
-Kekalkan berat badan yang ideal.
0 comments:
Post a Comment