ads

Friday, January 24, 2014

Filled Under:

MESTI TENGOK !! Lelaki Ini Hidup Dengan Makan Makanan Pelik !!

        Tolak Makanan, Sanggup Makan Plastik
Terdapat macam-macam perangai manusia di akhir zaman ini. Namun ada makanan tidak mahu dimakan sebaliknya beg plastik juga yang menjadi pilihan.

Skap Ketagih terhadap memakan plastik itu dialami oleh seorang lelaki, Robert, 23, yang bermula sejak dia berusia tujuh tahun dan sehingga hari ini, dia sudah makan kira-kira 60,000 keping plastik.

Dan jumlah itu mencukupi untuk menutup sebuah padang bola sepak yang cukup besar .

Pada setiap pagi, dia akan makan plastik sebagai sarapan dan gemar untuk memilih beg plastik biru yang sering digunakan untuk mengisi surat khabar.


Kata Robert, beg plastik dengan warna tersebut lebih sedap dimakan .

Kadang-kadang Robert sanggup memandu ke seluruh kejiranan itu untuk melihat sama ada jirannya tertinggal beg plastik di depan rumah mereka.

Robert juga sanggup mencuri plastik lut sinar yang digunakan untuk membalut buah dan sayur di pasar-pasar raya.

                                
Dia juga percaya dengan memakan beg plastik yang berbeza warna mempunyai rasanya yang  tersendiri.

Apabila memakan beg plastik itu, dia juga boleh menahan lapar selama sehari.

Menurut tunangnya, Ashley kini mula risau dengan ketagihan aneh Robert dan mahu dia berhenti sebelum mereka berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi.

Namun kesabarannya teruji selepas mendapati Robert enggan makan kek sempena pertunangan mereka kerana  kenyang selepas memakan beg plastik.




0 comments:

Post a Comment