ads

Friday, January 24, 2014

Filled Under:

Tawar RM433j Untuk Kahwini Anak

       Tawar RM433j Untuk Kahwini Anak Lesbian
Seorang jutawan tempatan telah menggandakan jumlah tawaran wang kepada mana-mana lelaki yang berjaya menambat hati anak perempuannya yang lesbian untuk berkahwin.

Tawarannya sebanyak HK$500 juta (RM215 juta) ini telah dibuat tahun lalu dan ia sudah menarik minat hampir 20,000 calon bagi dua tahun lalu.

Cecil Chao, 77, mengikut laporan The Edge Malaysia, telah menggandakan tawaran itu kepada RM433.1 juta kepada lelaki yang berjaya menawan hati anaknya, Gigi.

Saya tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi kehidupan anak saya. Saya cuma mahu dia berkahwin dengan baik dan mendapat anak yang bakal mewarisi perniagaan saya,” kata Chao .

Saya tidak yakin tawaran itu akan menemukan saya dengan lelaki idaman saya,” kata Gigi kepada sebuah media tempatan.

“Saya lebih gembira dan berbaik dengan lelaki yang sanggup menderma kepada badan kebajikan saya dan yang paling penting, mereka tidak kisah saya sudah mempunyai ‘isteri’. “Terakhir sekali, terima kasih ayah, saya sayang ayah juga,” katanya .

Gigi dilaporkan hampir mengahwini Eav – pasangannya selama sembilan tahun dalam satu majlis di Perancis pada awal 2012, kerana perkahwinan sesama jantina tidak diiktiraf di Hong Kong.

Tawaran Chao yang telah mendapat perhatian seluruh dunia sebelum ini gagal mengubah pendirian Gigi mengenai cara hidupnya seharian .

Gigi memberitahu media, tindakan ayahnya itu melambangkan betapa besar nya kasih sayang ayahnya terhadapnya bagi mendapatkan jodoh buat dirinya .

Itulah besarnya pengorbanan dan kasih sayang ibu dan bapa sanggup mengadaikan harta demi kesenangan dan kehidupan yang sempurna buat anaknya .




0 comments:

Post a Comment