ads

Monday, March 14, 2016

Filled Under:

MEMANG SERAM !! Gambar Emma Maembong Dalam Filem Terbaru Kali Ini Cukup Menakutkan !!


# watak pontianak dalam program televisyen mahupun filem sering kali digambarkan sebagai wanita berambut mengerbang, namun suasananya cukup berbeza menerusi telefilem Pontianak Sesat Dalam Kampung…….. 

...Karya bergenre komedi terbitan Zeel Production itu mencipta kelainan apabila menampilkan pontianak bertudung lakonan Emma Maembong…….... 

...Walaupun begitu , ia bukanlah watak hantu pertama pernah dilakonkan Emma kerana sebelum ini beliau pernah memegang watak roh dalam drama Hantu Selfie, di samping Zizan Razak….... 

.."Dalam telefilem ini saya memegang watak sebagai Rose Kembang. Kisahnya bermula selepas dia perlu mencari darah manusia kerana bapanya (lakonan Rahmad Mega) sedang nazak….... 

..Syaratnya, Rose perlu mencari darah seorang lelaki nakal. "Demi meneruskan misi itu, Rose perlu turun ke alam manusia. Asalnya, dia mahu terbang ke Amsterdam, tetapi terjatuh di Kampung Keriang di Kedah," cerita Emma ketika dihubungi baru-baru ini…….. 

...Menurutnya lagi, di kampung berkenaan, dia ditemukan dengan lelaki yang sangat nakal bernama Yamin, lakonan Kamal Adli. "Jadi, misi Rose untuk mencari darah lelaki nakal hampir kesampaian.... 

..Cuma yang merumitkan keadaan, Rose jatuh hati pula dengan Yamin," kata Emma yang juga kekasih Kamal di luar lokasi. Katanya, kemunculan Rose si pontianak di kampung terbabit turut menimbulkan suasana huru-hara sehingga menyebabkan kematian ketua kampung…....

..Pontianak Sesat Dalam Kampung yang mengambil masa hampir kira-kira seminggu untuk disiapkan adalah hasil arahan bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta. Penggambarannya diadakan di sekitar Sijangkang dan Klang, Selangor. Ia dijangka bersiaran di Astro Ria dan Astro Ria HD pada awal April depan……#



sumber bharian




0 comments:

Post a Comment