ads

Saturday, March 5, 2016

Filled Under:

'Haruan Makan Anak Makin Menjadi-jadi' ! Masih Berlaku Lagi.. Apa Yang Dilakukannya Memang Tak Boleh Dimaafkan !!


#Apa nak jadi dengan kehidupan masa sekarang . Bapa sendiri pun boleh jadi ‘binatang’ . Itulah perumpamaan yang tepat terhadap perbuatan jijik seramai 653.. bapa yang tergamak menjadikan anak perempuan mereka sebagai  pemuas nafsu mereka ..

Golongan lelaki ini merogol darah daging sendiri itu terus dikesan meningkat dari tahun ke setahun berdasarkan statistik dikumpulkan pihak polis...

Berdasarkan statistik .. dikeluarkan Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman, kesalahan sumbang mahram membabitkan bapa kandung antara yang menyumbang kepada kes tertinggi apabila mencatatkan hampir 341.. kes sejak tahun 2011 hingga 2015.&.

Daripada jumlah itu juga , kes tertinggi telah dicatatkan pada 2014 apabila 84 kes perkosa anak dilaporkan kepada polis diikuti 53 kes pada tahun lalu...

Selain itu , 312 kes perkosa anak tiri dilaporkan kepada polis sepanjang tempoh lima tahun lalu dengan angka tertinggi dicatatkan pada 2014 #(79 kes)...
Majoriti mangsa merupakan pelajar peringkat menengah rendah yang berusia antara 13 hingga 15 tahun..

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Asisten Komisioner Ong Chin Lan berkata, anak adalah insan amat memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga sendiri dan perbuatan bapa kandung atau bapa tiri itu amat dikesali... 

“ Tindakan tidak bermoral ini mendatangkan banyak kesan negatif terhadap diri mangsa . Apa yang membimbangkan masa depan anak yang menjadi mangsa serangan seksual oleh ahli keluarga sendiri.
“ .Mereka lebih mudah terjerumus ke dalam kancah negatif dan jenayah lain termasuk gejala dadah kerana kekecewaan yang dialami ,” katanya lagi...

.Walaupun jumlah ini masih berada di paras terkawal, namun polis sentiasa memberi perhatian serius terhadap kes jenayah sumbang mahram ini...

“ Kejadian ini juga membawa kesan buruk kepada perkembangan emosi seseorang anak. Mangsa juga berasa kemerosotan harga diri, reaksi emosi seperti marah, rasa bersalah, sedih atau kemurungan, rasa terpinggir, gangguan fizikal dan banyak lagi,” .tegasnya....





0 comments:

Post a Comment