ads

Monday, March 7, 2016

Filled Under:

AWAS !! Ikan Masin Diletakkan DADAH dikesan ! Seludup DADAH guna Ikan masin cara masa kini !

#Memang cukup mengejutkan apabila seorang wanita warga Ghana ditangkap kerana telah menyeludup masuk heroin dengan memasukkannya ke dalam ikan kering dipenjara lebih dua tahun …
..Menurut maklumat , Rose Amanor, 64, telah ditangkap oleh pegawai di Lapangan Terbang John F Kennedy di sini bersama tiga kilogram dadah itu selepas dia dipilih secara rambang untuk menjalani pemeriksaan setibanya dengan pesawat dari Amsterdam di lapangan terbang itu Februari tahun lalu…...
..Hukuman penjara selama 27 tahun itu bagaimanapun adalah lebih pendek daripada enam tahun setengah yang dipohon oleh pihak pendakwa raya….
Akhbar New York Daily News telah melaporkan bahawa , Rose, dalam keterangannya kepada mahkamah, menyalahkan anaknya kerana memujuknya membawa dadah itu ke Amerika Syarikat…..
“ Saya telah merayu kepada anda supaya mengasihani saya bagi membolehkan saya pulang ke pangkuan keluarga dan menghabiskan sisa hidup saya bersama mereka,” ujar Rose kepada hakim, menerusi seorang jurubahasa …..#
Bagaimanapun , hakim telah menegurnya kerana mereka pelbagai cerita yang dianggap mengarut sama sekali .

“ Sukar bagi saya untuk mempercayai anda tidak tahu apa yang anda lakukan ini….. 
“ Anda tidak menghormati undang-undang langsung . Anda duduk di sini dan mereka cerita mengarut begini ,” kata hakim Eric Vitaliano…..
Hakim juga telah menolak rayuan wanita itu supaya mengambil kira penahanannya selama 13 bulan sejak ditangkap….#
Dia juga akan diusir pulang ke negara asalnya sebaik bebas dari penjara….%




0 comments:

Post a Comment