ads

Tuesday, October 13, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Cara Guru Biologi Ini Mengajar Mengejutkan Semua Pelajar Apabila Dia Bertindak Menanggalkan ...



Seorang guru biologi dari sekolah Groene Hart Rijnwoude di Belanda, Debby Heerkens, mempunyai caranya yang tersendiri untuk membantu pelajarnya mengingati struktur badan manusia .

Dalam kelasnya baru-baru ini, dia telah berdiri di atas meja dan kemudiannya menanggalkan pakaiannya .

Ketika itu kesemua murid-muridnya agak terkejut kerana menyangka guru mereka itu akan berbogel namun apa sebaliknya berlaku apabila Debby dilihat memakai sut dalaman yang mengikut bentuk badan.

Namun pakaian getah itu menunjukkan otot dan rangka manusia .

Debby telah mendapat idea tersebut selepas melihat seorang wanita memakai legging di jalan dan kemudiannya dia memaklumkan kepada pengarah sekolah  mengenai idea tersebut .


Video mengenai pembelajaran tersebut telah dimuat naik dalam Facebook dan ianya telah ditonton hampir lebih 100,000 orang dengan ramai yang memuji kreativiti Debby.

Debby telah mengajar selama tujuh tahun dan menyifatkan langkah berkenaan telah dapat menarik perhatian muridnya itu .





0 comments:

Post a Comment