ads

Wednesday, October 7, 2015

Filled Under:

JOM BACA !! Tips Jika Anda Susah Tidur !!


Bagi mereka yang kurang tidur akan menganggu perjalanan rutin keesokan harinya . 

Terdapat beberapa jenis minuman yang boleh anda cuba untuk membantu bagi memudahkan tidur pada waktu malam. 

Bagi penuntut universiti, pelajar kolej atau mereka sudah berkerjaya yang masih ‘bertarung’ dengan masalah ini, bolehlah mencuba dan rasai sendiri hasilnya .

Susu coklat
Salah satu minuman terbaik untuk dinikmati pada setiap hari ialah susu coklat. Susu panas yang dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan urat saraf.

Teh pudina
Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda untuk tidur yang nyenyak seperti bayi. Minum minuman ini satu jam sebelum tidur.

The Chamomile
Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang paling tepat untuk dinikmati satu jam sebelum kita tidur. Teh ini juga dikatakan dapat membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan .

Koko
Sebagaimana yang kita ketahui, koko adalah minuman kegemaran sepanjang masa bagi kebanyakan orang. Minum coklat panas jika anda mengalami  penyakit insomnia.

Susu hangat
Beralihlah ke susu hangat jika susah untuk tidur. Tambah satu sudu penuh dengan madu untuk satu gelas susu panas dipercayai dapat membantu tidur dan merehatkan tubuh sebelum kita dapat melelapkan mata. Selain itu juga , ia dikatakan dapat membantu seseorang untuk rasa segar kembali keesokan harinya.

Susu kacang badam (almond)
Dengan wujudnya vitamin E dalam susu, ia baik untuk mendapatkan tidur yang cukup .

Teh halia
Teh halia panas juga baik untuk pencernaan. Halia juga membantu menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang sempurna.

sumber : mymetro




0 comments:

Post a Comment