ads

Thursday, October 8, 2015

Filled Under:

GEMPAR !! Hujan Batu Berlaku Secara Tiba-tiba Di Laban Rata !!


Ianya memang suatu yang mengejutkan bagi beberapa kakitangan Taman-Taman Sabah, Malim Gunung dan porter yang sedang berehat selepas melakukan kerja pembaikan jalan yang rosak akibat gempa bumi 5 Jun lalu, berhampiran Laban Rata apabila berlaku fenomena hujan batu bagi secara tiba-tiba .

Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 1 petang , walau bagaimanapun hanya beberapa minit sahaja ia berlaku .

Seorang malim gunung yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian mereka sedang berehat untuk makan selepas penat melakukan kerja pembaikan jalan di kawasan Laban Rata sebelum hujan turun tiba-tiba .

"Saya dan rakan kemudian memakai baju hujan, tetapi terkejut apabila melihat ketulan ais yang pada mulanya saya sangkakan nasi tetapi ia adalah air batu.

"Kejadian itu juga menyebabkan bahagian belakang badan saya berasa sakit akibat terkena air batu itu," ujarnya panjang lebar .

Menurutnya lagi , mereka kemudian telah mengambil gambar kejadian berkenaan kerana ianya jarang-jarang berlaku .

Menurut Pengurus Taman Kinabalu Yasin Mikin ketika dihubungi telah mengesahkan ada menerima maklumat mengenai kejadian itu .

sumber mymetro




0 comments:

Post a Comment