ads

Monday, October 12, 2015

Filled Under:

Apps Bajet Dari Bank Negara Yang Memang Terbaik Diperkenalkan !!

Menjadi salah satu tugas utama pihak Bank Negara Malaysia dalam mendidik pengguna untuk berbelanja dengan baik dan pada masa yang sama menguruskan wang supaya tidak berbelanja lebih daripada kemampuan sendiri .
Dalam pada itu mereka sedang memperkenalkan satu aplikasi khusus yang dinamakan sebagai MyTabung. Melalui MyTabung, ia didatangkan dengan paparan yang sama macam beberapa aplikasi pengurusan kewangan yang lain, di mana ia membolehkan pengguna untuk melihat berapa wang yang telah dibelanjakan, serta pada masa yang sama dapat melihat wang simpanan yang boleh digunakan untuk setiap bulan.


Pengguna juga turut boleh menetapkan bajet yang ingin dibelanjakan bagi sesuatu perkara dan memastikan perbelanjaan yang dikehendaki sahaja . 

Kelebihan aplikasi ini , ia dapat beroperasi dalam  bahasa Malaysia dan juga bahasa Inggeris. Daripada pengamatan kami , pada permulaan ia mengambil sedikit masa yang lama untuk memahami cara penggunaannya, sebelum ianya dapat menggunakan aplikasi di mana beberapa aplikasi lain dalam kategori seumpamanya dilihat lebih mudah difahami semasa permulaannya .

Bagi sesiapa yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ni untuk peranti Android, iPhone atau iPad hampa hari ni. Muat-Turun My Tabung untuk Android Muat-Turun My Tabung untuk iPhone / iPad.






0 comments:

Post a Comment