ads

Friday, October 16, 2015

Filled Under:

(9 Gambar) SOSEH-SOSEH ARTIS : Juliana Evans " Belum Terdesak Nak Kahwin "


Jika orang lain semua rungsing memikirkan soal perkahwinan, tetapi tidak bagi aktres cantik jelita Juliana Evans.

Pada usianya yang baru menginjak 26 tahun, Juliana mengakui masih belum bersedia melangkah ke alam rumah tangga.

“Buat masa sekarang saya belum terfikir lagi soal kahwin kerana tiada teman lelaki, tetapi siapa kita untuk menghalang jodoh dan ketentuan Tuhan? Justeru, saya tak perlu nak terburu-buru dan belum terdesak untuk berkahwin. Saya ada beberapa tahun lagi sebelum mula memikirkan ke arah itu,” ujarnya lembut .

Jelas Juliana atau lebih mesra disapa dengan panggilan Jue, dia hanya mula bimbang jika pada usianya mencecah 29 atau 30 tahun nanti dia belum memiliki kekasih.

Saya menyasarkan sebelum umur 30 tahun saya akan berkahwin, tetapi jika tiga tahun lagi belum ada kekasih, baru saya akan mula bimbang.

“Bukan tak mahu bercinta dari sekarang, tetapi saya mahu fokus kepada kerjaya. Lagi pun, pulang dari Los Angelas awal tahun ini karier saya baru nak bertapak semula,” ujarnya lagi .

Menurut Jue, keluarganya juga tidak pernah mendesak atau memaksanya untuk berkahwin segera sebaliknya mereka mahu pelakon filem Kami The Movie ini mencari keserasian sebelum memikirkan fasa yang lebih serius.

Alasan kepada jawapan Jue itu juga didorong oleh sikapnya yang takut memberikan komitmen dalam percintaan selepas beberapa kali dikecewakan .
Jujurnya, komitmen bercinta sangat menakutkan kecuali jika berjumpa dengan lelaki yang betul-betul sesuai. Dalam perkara ini, bukan mudah nak berkawan atau mencari ‘Mr Right’.












0 comments:

Post a Comment