Cinta suami isteri mempunyai satu daya tarikan yang kuat dalam perhubungan yang terjalin antara mereka .
Pastinya setiap suami dan isteri mengimpikan cinta mereka akan terus mekar hingga ke Syurga .
Dibawah merupakan 10 tip bagaimana anda boleh mengekalkan cinta suci anda hingga ke Syurga .
Jom baca beberapa tips yang disediakan :
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing .
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah , tambah rutin harian dengan pelukan dan ciuman di bibir .
3. Walau sesibuk manapun , luangkanlah sedikit masa untuk menelefon pasangan anda sekurang-kurangnya sekali walaupun sekadar bertanya apa yang dilakukannya pada ketika itu .
4. Sentiasa ucapakan kata-kata sayang seperti I Love U dengan sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana atau sebelum menamatkan perbualan di telefon atau dikamar tidur .
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pada ketika itu tiada gangguan anak-anak jika ianya hari bekerja .
6. Amalkan sikap suka bertanya apa yang dilakukannya pada sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda anda mengambil berat tentangnya .
7. Luangkan masa berbual tentang apa saja isu di rumah atau isu semasa sebelum tidur .
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan dan jangan sesekali biarkan ianya berlarutan walaupun 1 jam sekalipun apatah lagi berhari-hari .
9. Temani pasangan anda semasa menonton rancangan kegemarannya walaupun sambil membaca akhbar misalnya berada dekat dengan pasangan anda .
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walaupun anak sudah ramai dan sudah berusia kerana ini merupakan cara bagaimana mengeratkan kasih sayang sesama suami isteri .
0 comments:
Post a Comment