ads

Sunday, February 1, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Kelebihan Suami Dan Isteri Bangun Malam !!


Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup merupakan impian setiap insan bukanlah sekadar terletak pada harta benda dan wang ringgit. 

Kebanyakkan rumah tangga  hancur kerana mengikut teori kebahagian diri sendiri. Mereka hanya menyangkakan wang adalah segala-galanya bagi mereka.

Namun setelah mereka memperolehi semuanya itu, rumah tangga masih lagi tidak bahagia. Suami isteri tidak mesra. 

Bahkan sentiasa kali menghadapi krisis, bermasam muka dan kerap berburuk sangka. Hubungan ibu bapa dan anak-anak mula renggang.

Justeru itu, kebahagiaan bukan sahaja terletak kepada material semata-mata, yang paling utama ialah kepimpinan suami itu sendiri. 

Suami perlulah mendidik isteri ke arah mencapai cinta Allah, cinta agama dan cinta akhirat. 

Cinta kepada Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari redha Allah SWT .

Setiap pasangan juga perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam. 

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.” (Surah Al-Maidah, ayat 2)


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka termasuklah atau tergolonglah ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)


Antara Kelebihan bertahajud :

Antara amalan-amalan yang boleh menyelamatkan manusia dari azab akhirat ialah sentiasa bertahajud dan berqiyamullail. Rasulullah SAW bersabda, ada sembilan kelebihan bagi orang yang bertahajud.

Lima Kelebihan ketika di dunia:
  1. Terselamat daripada beberapa bencana
  2. Berkat ke atasnya akan jelas diwajahnya
  3. Disukai oleh hamba Allah
  4. Ucapannya penuh hikmah
  5. Dijadikan orang yang bijaksana

Empat Kelebihan ketika di akhirat:
  1. Dipimpin dari kubur dengan muka berseri-seri
  2. Diringankan hisabnya
  3. Meniti titian sirat seperti kilat
  4. Menerima buku catatatan amal dari tangan kanan

Oleh itu, luangkan sedikit masa untuk bermunajat kepada-Nya agar tidak timbul penyesalan pada hari kemudian nanti .





0 comments:

Post a Comment