ads

Sunday, February 8, 2015

Filled Under:
,

MESTI BACA !! 7 Sebab Mengapa Anda Perlu Maafkan Pasangan Anda !!



Jika pasangan anda melakukan sesuatu kesalahan, janganlah terlalu cepat menghukum dan memarahinya . Tenangkan diri seketika dan maafkanlah dia. 

Jika anda tidak tahu bagaimana hendak memaafkan dia, anda boleh merujuk kepada tujuh sebab mengapa anda perlu memaafkan pasangan anda .


1. Cinta Anda Padanya

Tiada guna anda mencintai pasangan anda jika anda tidak berupaya untuk memaafkannya . Maafkanlah dia kerana cinta anda padanya . Perasaan cinta bermakna anda bersedia untuk menerima dia seadanya .

2. Kerana Anda perlukannya .

Mungkin anda tidak perasan bahawa anda sebenarnya perlukan dia dalam hidup anda. Maafkanlah dia kerana anda juga perlukan dia seperti mana dia perlukan anda .

3. Hadiah kepada diri sendiri.

Memaafkan pasangan anda adalah satu hadiah untuk diri anda sendiri. Ini kerana apabila anda memaafkan kesalahan pasangan anda, anda sebenarnya sedang memberi peluang untuk anda berdua lebih mengenali antara satu sama lain .

4. Matang dan kuat.

Apabila anda memaafkan pasangan anda, dia akan jadi lebih matang . Selain itu juga , ia juga membantu mematangkan diri anda sendiri. Ini kerana,  memaafkan seseorang membolehkan anda untuk memperbaiki diri sendiri dan memberi peluang pada diri sendiri untuk mara kehadapan.

5. Anda juga tidak di maafkan.
Tiada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang. Apabila anda tidak maafkan kesalahan pasangan anda, anda juga mungkin tidak akan di maafkan orang lain di masa akan datang. Anda juga perlu terima bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini .

6. Tunjukan teladan yang baik kepada anak–anak.

Kadang kala anak–anak akan mengikut apa yang anda tunjukkan . Anda boleh menjadi contoh dengan memaafkan kesalahan pasangan dan teruskan hidup dengan gembira tanpa ada sebarang perasaan dendam.

7. Hubungan yang berkekalan.

Maafkan pasangan anda dan pasti hubungan anda berkekalan untuk masa yang lama .








0 comments:

Post a Comment