ads

Monday, January 26, 2015

Filled Under:

MESTI TENGOK VIDEO !! Atlet Australia Sally Pearson Gamatkan Sukan Komanwel ke-20 Glasgow 2014 !!


Atlet Australia, Sally Pearson telah merangkul pingat emas dalam acara larian 100m berpagar wanita pada Sukan Komanwel ke-20 Glasgow 2014 pada 1 Ogos lepas.
Beliau juga merupakan atlet lumba lari terkenal dunia dan kemenangan pingat emas di Glasgow, Scotland itu merupakan pingat emas keempat dalam kejohanan besar.
Walau bagaimanapun dalam acara itu, kebanyakan penonton tidak terlalu memberi perhatian kepada beliau sebaliknya memberi tumpuan kepada pelari yang menduduki tempat kelima iaitu Michelle Jenneke.
Michelle yang baru sahaja berusia 21 tahun dan turut dilihat sebagai bakal pengganti kepada Sally yang juga atlet senegaranya tetapi peminat sukan ada sebab berbeza kenapa mereka meminati Michelle.


Tarian itu juga diperlihatkan Michelle pada saringan kedua, pusingan pertama di mana beliau memenangi saringan itu dengan catatan masa 13.52 saat.
Sejak itu, tarian pendek Michelle telah menjadi viral seluruh dunia maya.
Apabila para peminatnya mengetahui, Michelle berjaya layak ke acara 100m berpagar di Sukan Komanwel, mereka sudah bersiap sedia menantikan tarian berkenaan pada setiap kali turun beraksi di balapan.
Pada aksi akhir Michelle hanya menduduki tempat kelima di belakang Sally.
Stesen televisyen sukan Australia Fox Sports, menulis artikel berkaitan keputusan 100m berpagar wanita itu dengan tajuk “Tarian Jenneke Di Tempat Kelima Dan Sally Juara”.
Sudah pasti selepas ini, aksi Michelle di pentas olahraga akan tetap dinantikan khususnya tarian awal sebelum lariannya itu. – MYNEWSHUB.MY




0 comments:

Post a Comment