Dalam nahas yang berlaku di Kentucky, Amerika Syarikat itu, bapanya, Marty Gutzler, 49, ibu, Kimberly Gutzler, 45, kakak, Piper Gutzler, 9, dan sepupu, Sierra Walder, 14 maut serta-merta di tempat kejadian.
Dalam keadaan berlumuran darah dan beberapa tulangnya retak, Sailor berjaya keluar dari bangkai pesawat itu dan terus berjalan sebelum menemui rumah seorang warga emas, Larry Wilkins, 71, pada jam 6.30 petang.
Larry ketika itu sedang menonton televisyen terkejut melihat keadaan kanak-kanak itu dan segera menghubungi talian kecemasan 911.
“Saya sangat kasihan melihatnya sehingga mengalirkan air mata. Dia gadis kecil yang sangat berani,” ujarnya lagi.
Pesawat itu juga ditemui dua jam selepas laporan polis dibuat dan dipercayai terhempas kerana masalah enjin .
– MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment