ads

Tuesday, January 20, 2015

Filled Under:
,

MESTI BACA !! Wahai Suami Jangan Mudah Marah !!


Meninggalkan perasaan marah secara keseluruhan adalah perkara yang sangat sulit untuk dialkukan oleh seorang lelaki . 

Namun demikian , orang yang berakal tidak mudah marah di mana dia tersulut emosi oleh apa jua tindakan yang dilakukannya . 

Selain itu juga , dia tidak dikuasai kemarahan hingga itu menjadi di antara sifatnya . 

Pada hakikatnya apabila kemarahan itu menjadi tabiatnya , dia akan kehilangan sebahagian dan hidupnya juga sarat dengan kesusahan dan kesedihan . 

Apabila kemarahan berlebihan pasti ia keluar dari batas-batas wilayah keadilan , kasih sayang dan objektif bakal menuju ke arah kezaliman dan kekejaman . 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Orang yang perkasa itu bukan orang yang mampu mengalahkan ramai orang , namun orang perkasa itu adalah orang yang sanggup menguasai di saat marah".

Sebagai contoh banyak kes perceraian yang terjadi ekoran daripada perasaan marah melampau yang wujud dalam rumahtangga . 

Dikala kemarahan seorang lelaki menguasai diri dia sukar berfikir secara bijak namun apabila kemarahannya sudah reda dia akan menyesali setiap tindakannya . 

Jika difikirkan "Talak" merupakan ungkapan yang sukar diucapkan oleh seorang lelaki yang berfikiran waras namun apabila perasaan marah mengusai diri ungkapan keramat itu mudah diucapkan seperti talak satu , dua dan tiga . 

Namun penyesalan selepas ucapan itu diucapkan , adalah tidak berguna tambahan pula jika sudah jatuh talak tiga yang sama sekali sukar dibaiki lagi melainkan jika wanita itu berkahwin lain dengan perkahwinan kekal lalu diceraikan atau si suami mati . 

Jelas inilah perkara yang perlu diambil perhatian buat para suami bak kata pepatah "terajak perahu boleh diundur terlajak kata badan binasa ".




0 comments:

Post a Comment