Ada pepatah yang mengatakan, tak kenal maka tak cinta. Namun sejauh mana pepatah ini boleh
difahami oleh semua orang . Ini kerana ramai juga pasangan yang mengakui amat menyintai pasangan
masing-masing malahan ada yang sudah bertahun hidup sebumbung sebagai pasangan suami
isteri berdasarkan cinta atau suka. Tetapi kenapa banyak rumahtangga yang bina atas dasar
kenal dan cinta ini roboh di tengah jalan?
Jawapannya sangat mudah ! Mereka memang bercinta tapi sebenarnya mereka tidak kenal di antara
satu sama lain. Mereka tidak kenal hati budi orang yang mereka pilih untuk menjadi pasangan
hidup, mereka tidak kenal sifat buruk dan baik orang yang mereka cintai itu, mereka tidak
mendalami erti sebenar sebuah cinta dan perkenalan . kalau masing-masing kenal dan
cinta, sudah tentu mereka mampu mengendali kemudi dan bahtera rumahtangga walau
sebesar mana pun badai yang melanda .
Untuk mengenali pasangan bukan semata-mata hanya tahu namanya, siapa ayah dan adik-beradiknya serta di
mana tempat tinggalnya. Mengenali pasangan terutama bagi wanita, adalah peka! Peka bererti lekas
berasa sesuatu, atau lekas bertindak balas. Peka juga bermaksud menyedari dengan
sesungguhnya dan menghayati sesuatu. Jadi maksud lainya, adalah menghayati dan mendalami
siapakah orang yang tidur sebantal dengan kita itu.
Mencintai suami atau pasangan juga seperti menerima diri beliau seadanya. Sama ada baik atau
buruk, sama ada positif atau negatif. Yang baik dan positif, kita cuba contohi dan yang buruk
serta negatif , berusahalah kita mengimbanginya. Baik suami ataupun isteri apabila mereka
benar-benar mengenali pasangan, itu barulah ianya dinamakan cinta sejati.
Kita perlu bersikap matang dalam menangani kekurangan pasangan kerana kematangan anda boleh
mengubah sedikit demi sedikit sikap buruk pasangan masing-masing. Lelaki biasanya akan cair
dengan sikap kelembutan dan wanita akan jadi isteri yang taat jika mendapat suami yang
menjadi idamannya .
|
0 comments:
Post a Comment