ads

Friday, January 30, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Kahwin Kerana Nafsu Atau Kasih Sayang !!


Berkahwin kerana nafsu, bukan kerana kasih sayang selalu menjadi perbahasan sesetengah golongan isteri yang kononnya kecewa dengan suami mereka kerana tidak mengendahkan perasan dan hati isteri dalam kehidupan berumah tangga. 

Isteri juga dikatakan menjadi mangsa suami, yang selalu mengabaikan serta melupakan tanggungjawab dan sebagainya. 

Namun dalam menyelesaikan hubungan rumah tangga suami dan isteri haruslah bermuhasabah diri masing-masing serta bertolak ansur. 

Segala tohmahan ini harus dilihat seolah-olah nafsu itu sesuatu yang buruk dan amat keji, sedangkan perasaan kasih sayang sendiri memerlukan kepada nafsu, makan perlu kepada nafsu, tidur dan kehidupan keseluruhannya perlu kepada nafsu.

Oleh itu apakah yang dikatakan nafsu itu sendiri . Nafsu adalah satu perkataan daripada bahasa arab dan dalam Bahasa Melayu membawa erti keinginan yang kuat. 

Jadi semua perkara tidak akan berlaku dan terjadi melainkan dengan adanya keinginan dalam diri kita. 

Walaubagaimanapun keinginan dan perbuatan kita sering didorong oleh nafsu, sama ada nafsu yang mengajak kepada kebaikan ataupun yang mengajak kepada kejahatan.

Nafsu juga terbahagi kepada nafsu muthmainnah, nafsu lawwamah, nafsu mulhimah, dan nafsu amarah. 

Tingkatan nafsu yang paling buruk ialah nafsu amarah, iaitu nafsu yang menyeru kearah kejahatan. 

Oleh yang demikian nafsu inilah yang perlu kita bendung dengan berkahwin, supaya diri kita tidak dikawal olehnya lalu menjerumuskan diri dalam lembah kehinaan.


Sekiranya dikatakan, ada sesetengah pasangan yang berkahwin bukan kerana keinginan dan nafsu kasih sayang, yang ada hanya nafsu keinginan seks semata.

Ini kerana jika berkahwin atas dasar keinginan seks adalah bagi menghalang diri daripada melakukan kemaksiatan yang merosakkan, selagi mana perkahwinan itu tidak melanggar etika dan peraturan perkahwinan yang telah ditetapkan oleh syariat. 

Pertama dan yang paling sahih: maknanya pada bahasa iaitu jimak.

Maksudnya sesiapa di antara kamu yang mampu berjimak dan mampu menyediakan nafkah perkahwinan hendaklah ia berkahwin.

Kedua: maknanya nafkah perkahwinan. 

Maksudnya sesiapa yang mampu menyediakan nafkah perkahwinan hendaklah berkahwin, dan sesiapa yang tidak mampu hendaklah ia berpuasa bagi mengekang syahwatnya. 

Mereka yang berpegang dengan pendapat ini menyatakan: maksud sabda nabi “ sesiapa yang tak mampu hendaklah ia berpuasa” mereka berkata; bagi mereka yang tidak mempunyai keinginan seks (jimak) tidak perlu berpuasa untuk mengekang nafsu syahwatnya. 

Maka wajib mentakwilkan “al-baah” itu kepada kemampuan nafkah

Jelas dalam hadis ini, saranan daripada Rasulullah agar pemuda-pemuda berkahwin bagi mengekang nafsu daripada dilepaskan tidak pada tempatnya. Maka berkahwin di sini atas dasar menghalang nafsu ammarah daripada menguasai diri adalah wajib hukumnya.

Tidak semestinya berkahwin dengan sebab nafsu tidak mempunyai kasih sayang. 

Namun begitu , ketika proses memilih calon isteri dan bertunang kita digalakkan untuk memilih calon yang sekufu yakni yang sesuai dengan diri kita. 

Tempoh bertunang juga merupakan satu tempoh untuk melahirkan perasaan kasih dan sayang agar permulaan di alam rumah tangga bermula dengan baik.

Islam juga amat memandang berat kepada kesalahan zina kerana ia mengakibatkan keruntuhan sistem kekeluargaan, begitu juga perkara-perkara yang menjebakkan diri dalam kancah zina, seperti berpakaian menjolok mata, melihat aurat bukan muhrim, bersentuhan lelaki dan perempuan tanpa sebab, berdua-duaan lelaki dan perempuan dan sebagainya. 

Kesimpulannya , berkahwin kerana nafsu bagi mengelakkan diri dari terjebak dalam kancah perzinaan bukanlah satu kesalahan bahkan ianya satu kewajipan. 

Ia juga tidak boleh dijadikan sebagai hujah bagi menyatakan perkahwinan disebabkan nafsu tidak membawa kebahagian dan memporak-perandakan rumah tangga .
 




0 comments:

Post a Comment