ads

Monday, January 26, 2015

Filled Under:

MESTI BACA !! Fesyen Wanita Pada Masa Kini " Bertudung Tetapi Telanjang " !!


Seperti mana yang kita lihat pada zaman sekarang , ramai wanita tidak lagi menitik beratkan aurat mereka kerana bagi mereka fesyen adalah lebih penting dari segalanya .
Jalasnya aurat wanita adalah dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali telapak tangan dan muka, manakala aurat bagi lelaki pula dari pusat sehingga lutut.
Bagi seorang wanita hendaklah menutup kepala dan belahan dada mereka dengan sempurna seperti firman Allah: “Katakan kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya…” (Surah an-Nuur, ayat 31)
Akan tetapi pada masa kini ramai wanita zaman sekarang yang berpakaian, tetapi bertelanjang. Maksudnya, mereka berpakaian, tetapi pakaian itu ketat dan nipis seperti tidak berpakaian kerana ia telah menyerlahkan susuk tubuh dan warna kulit kepada orang yang bukan muhrim.
Islam juga tidak mengharamkan fesyen seperti selendang asalkan ia labuh dan menutupi dada dan tidak nipis sehingga menampakkan bayangan rambut serta telinga seseorang wanita .
Bertudung bulat ataupun sebaliknya, tidak penting asalkan ia menutup aurat mengikut syariat Islam.


Namun kebanyakan wanita pada masa kini memakai tudung yang singkat dan jarang sehingga menampakkan rambut dan telinga. Mereka menganggap pemakaian tudung itu hanya trend tanpa memikir dosa membuka aurat.

Menutup Kaki
Kini kelihatan ramai wanita menganggap kaki bukan aurat kerana menutup anggota lain dengan sempurna, tetapi tidak memakai sarung kaki atau stokin.
Mereka lebih peka kepada fesyen terbaharu sekarang seperti pemakaian sanggul tinggi. Walaupun mereka kelihatan memakai tudung, tetapi sebenarnya ia memberi helah bagi membuktikan rambut panjang dan hendak menarik pandangan lelaki.
Mereka tidak ikhlas bertudung bagi memenuhi suruhan Allah dan ibadat, tetapi ia adalah fesyen dan sebaliknya.
Seperti hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya dan wanita berpakaian, tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya. Kepala mereka umpama bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya iaitu bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian-sekian jauh.” (Syarh Shahih Muslim)


Sanggul bonggol unta
Hadis ini turut dikemukakan oleh Imam an-Nawawi dalam kitab Sahih Muslim. beliau menyebut:
Makna bonggol unta itu ialah wanita yang membesarkan kepala dengan tudung. Mereka meletakkan apa saja bagi membesarkan kepala sehingga seolah-olah kelihatan kepala mereka bagaikan bonggol di atas unta.”
Namun, jika rambut memang panjang lalu diikat sehingga kelihatan sanggul, maka ia dimaafkan syarak.
Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan.
Tambahnya lagi, perkara ini adalah bukti mukjizat kenabian, perkara ini telah terbukti pada zaman ini.”
Namun, sekiranya rambutnya memang panjang lalu dia mengikat rambutnya sehingga kelihatan sanggul, maka dalam hal ini adalah dimaafkan oleh syarak. Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan.





0 comments:

Post a Comment