ads

Wednesday, January 21, 2015

Filled Under:

JOM BACA !! Apabila Suami Isteri Berbicara !!


Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik sambil berbual-bual mesra…

Makwe: Bang, andaikata saya menjadi bintang…

Pakwe: Abang kan jadi Ultramannya.

Makwe: Kenapa pulak? Sepatutnya abg jadi bulan purnamalah.

Pakwe: Salah tu. Kan ultraman ada bintang kepunyaannya.

Makwe: Gitu… Kalau saya jadi bunga?

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya.

Makwe: Kenapa bukan kumbang?

Pakwe: Sebab kumbang kerjanya hanya menghisap madu. Sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari.

Makwe: Wah! Hebatnya abang nie… Begitu pandai berkata-kata.

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar… Tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu dan jatuh tersembam ke tanah… Bedebuk!!! Macam nangka busuk daa!!!

Makwe: Aduh!!!! Sakiknyo, be.. (awek tu rupanya minah Kelate)

Pakwe: Cilako punyo tunggul kayu! .@#$&*@ ko!!! Tak nampak ko oghang nak lalu (rupa-rupanya si pakwe tu orang N9) Sayang tak apa-apa ke?

Makwe: Takde. Sikit je bang… Cuma luka sikit je dahi ni.

Pakwe: Nasib baik tunggul kayu. Kalau orang tadi memang nahas abang kerjakan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua. Selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga. 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu.

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat ni?

Suami: Masakan abang boleh lupa.

Isteri: Kalau saya jadi bintang?

Suami: Abang jadi beginilah.

Isteri: Kenapa bukan Ultraman…

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman… Kat Jepun adalah… Apa lah awak ni.

Isteri: Kalau saya jadi bunga?

Suami: Abang jadi beginilah.

Isteri: Apa abg ni… Cakaplah betul-betul.

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie… Dah buang tebiat ko? Tak nampak anak kito tu… Kalau dah abang jadi Ultraman, dongan ontah apo-apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu… Yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo?

Isteri: Abe nie tok supo dulu… Tok romantik lasung. Mete-mete la saya ni doh tok comey lagi…

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do…

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut. Tiba-tiba si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu (mungkin tunggul yang sama) lalu jatuh berdebuk ke tanah…
Isteri: Aduh, abe! Sakik nyo!!!

Suami: Apo kono eh awak nie? @*&$#@ ko. Punyo bosa tunggul tu tak nampak ko?

creadit:aminza's





0 comments:

Post a Comment