ads

Wednesday, December 10, 2014

Filled Under:

MESTI TENGOK VIDEO !! Keazaman Pasukan Bolasepak Di Suatu Kepulauan Terpencil Di Thailand !!


Ianya telah bermula pada Tahun 1986 semasa Piala Dunia 1986, di mana sekumpulan kanak-kanak yang meminati Bola Sepak di sebuah Pulau Koh Panyee iaitu sebuah perkampugan nelayan yang terlalu ingin untuk bermain bola sepak.



Mereka juga turut menyedari bahawa pulau mereka itu dikelilingi dengan Batu-Batuan dan tiada ruang yang terbuka untuk mereka bermain bola sepak.

Namun begitu , kanak-kanak ini telah bersama-sama mengumpul kayu-kayu dan membina sendiri gelanggang bola sepak terapung di tengah-tengah lautan yang dijadikan sebagai padang bola sepak.





Disebabkan keinginan serta semangat yang mendalam , mereka telah mula berlatih ditambah pula dengan skill yang tersendiri di atas padang kayu yang kecil, usang dan berpaku maka bermulalah kisah sejarah mereka sebagai seorang pemain bola sepak. 




Pasukan ini turut menyertai satu pertandingan bola sepak di tanah besar. Walaupun pada mulanya mereka tidak yakin namun hasil berkat daripada latihan yang dijalankan , sekarang pasukan mereka yang dikenali sebagai Panyee FC menjadi salah sebuah pasukan bola sepak remaja yang berjaya di Selatan Thailand. 

Panyee FC juga telah memenangi banyak kejohanan peringkat remaja selama beberapa tahun.  Pulau Koh Panyee juga telah mempunyai padang bola sepak terapung yang lebih baik. 




Jika dilihat pada permulaannya , ia agak mustahil bagi mereka namun jika kita berfikir jauh kehadapan segalanya boleh dicapai .


Jom kita saksikan video yang dibuat oleh Thai Military Bank sebagai adaptasi daripada inspirasi penubuhan kelab bola sepak Panyee FC hasil daripada semangat sekumpulan anak Nelayan yang meminati Bola Sepak .

             




0 comments:

Post a Comment