ads

Monday, December 22, 2014

Filled Under:

MESTI BACA !! Kerana Tuah Roti Canai , Pemuda Aceh Mampu Peroleh RM100,000 Sebulan Di Petaling Jaya !!



Dengan hanya bermodalkan wang sebanyak RM30 dan ilmu membuat roti canai daripada seorang lelaki Bangladesh ketika bekerja restoran di Damansara Damai, Petaling Jaya, seorang pemuda Aceh kini mampu tersenyum lebar apabila dia mampu memperoleh pendapatan sekitar RM100,000 sebulan.

Apa yang menariknya, kata Tommi Ramli, 37, antara tuah melariskan jualan adalah dia menamakan premisnya Restoran Canai Mamak Kuala Lumpur sehingga melonjakkan populariti dan mampu membuka dua cawangan berbanding ketika dia memulakan perniagaan gerai kecil tepi jalan di ibu kota suatu ketika dahulu .

Ketika ditemui di restoran utamanya di No 51, Jalan Tenku Umar, di sini, pemuda yang masih lagi bujang itu berkata, dia memberanikan diri membuka perniagaan sendiri pada awal tahun 2005 iaitu selepas tsunami melanda negara Aceh pada Disember 2004.

Ketika tsunami pada 26 Disember 2004, ratusan ribu nyawa hilang manakala kawasan pantai sepanjang 800 kilometer berdepan Lautan Hindi lenyap.

“Namun kemusnahan itu memberi rahmat kepada kami untuk menjalani hidup tanpa rasa takut dan saya mendapat ilham memulakan perniagaan roti canai.

“Saya mulakan perniagaan pada Mac 2005 dengan modal RM30 dan menebar roti di tepi jalan yang menimbulkan suasana ganjil kepada masyarakat sini," ujarnya  . 

"Tiga kali saya menukar nama gerai bermula Canai Aceh, Canai Mamak dan akhir sekali Canai Mamak Kuala Lumpur pada 2006 sehingga kini saya kekalkan.

 Saya berasa syukur, ramai yang mula singgah makan kerana perasaan ingin tahu roti canai Kuala Lumpur, sekali gus menjadikan ianya cukup popular,” katanya.

Tommi berkata, ketika ini dia mempunyai hampir 60 pekerja di dua cawangan yang masing-masing boleh memuatkan sehingga 1,000 pelanggan pada satu-satu masa.

Lepasan Sekolah Teknik Aceh dalam jurusan seni bina bangunan itu juga menerapkan sentuhan tersendiri dalam hiasan dalaman serta luaran restorannya yang turut dilengkapi dengan kemudahan Wifi.

Mengenai ilmu membuat roti canai, saya belajar dengan seorang pekerja Bangladesh ketika bekerja di sebuah restoran di Damansara Damai. Saya belajar menebar roti pula menggunakan kain basah.

“Pengalaman bekerja di Malaysia antara tahun 2000 hingga 2005 saya gunakan sepenuhnya untuk membangunkan restoran sendiri, termasuk idea dalam pengurusan.

“Saya juga berhasrat mengembangkan perniagaan Restoran Canai Mamak Kuala Lumpur secara francais sehingga ke seluruh Indonesia,” ujarnya lagi .

Dia berkata, sebelum ini agak sukar untuk mencari rezeki disebabkan Aceh sebuah wilayah konflik dan menyebabkan kegiatan ekonomi setempatnya sangat lemah.

Menurutnya lagi , dia tidak pernah terbayang Aceh akan menjadi sangat makmur seperti sekarang dan baginya, tsunami turut memberi hikmah kepada cara pemikiran masyarakat untuk memajukan diri dan wilayah bertuah itu .

-bhonline




0 comments:

Post a Comment