ads

Wednesday, December 24, 2014

Filled Under:

JOM TENGOK GAMBAR !! Majlis Perkahwinan Dalam Situasi Banjir Di Kota Bharu !!


"Walaupun kami terpaksa menaiki sampan lebih 500 meter, namun saya berasa bersyukur kerana majlis perkahwinan kami tetap berjalan dengan lancar," ujar pengantin baru, Herdayuszairi Zakaria, 33, yang terpaksa meredah banjir untuk sampai ke rumah bakal isterinya, Nur Sadrina Salim, 29 .

Pasangan itu yang melangsungkan upacara pernikahan kira-kira jam 2 petang semalam, tetapi meneruskan majlis walaupun kawasan rumah pengantin di Kampung Betong Salo, Seberang Pasir Mas, Kota Bharu, Kelantan, ditenggelami banjir lebih daripada satu meter .

Herdayuszairi berkata, majlis itu yang sepatutnya berlangsung hari ini namun terpaksa diawalkan sehari berikutan paras banjir yang semakin meningkat.

"Kawasan kampung isteri saya turut telah ditenggelami banjir. Saya terpaksa menggunakan kemudahan sampan dari rumah datuknya ke rumah pengantin perempuan .

"Malah kesemua tujuh dulang hantaran perkahwinan turut dibawa dengan menaiki sampan yang berasingan," ujarnya.-mymetro




0 comments:

Post a Comment