ads

Friday, January 10, 2014

Filled Under:

Nasir Bilal Khan Tak Kisah Gayanya Diparodikan


Pelakon yang cukup sinonim dengan watak Tok Adi menerusi rangkaian drama Tanah Kubur, Nasir Bilal Khan menjelaskan dia tidak pernah berasa hati sekiranya gaya lakonannya diparodikan oleh sesetengah pihak.

Jika diperhatikan kebanyakan pelawak masa kini gemar meniru gaya Nasir bercakap ketika membuat lawak.
Ini kerana gaya lakonannya yang bersahaja sangat menarik minat peminat di luar sana.
Saya tahu tentang itu tapi saya tak kisah pun. Terpulang pada penonton. Bagi saya, saya tiada masalah. Kalau orang nak kutuk sekali pun saya tak kisah,” katanya .

Sementara itu, Nasir kini hadir dengan buah tangan terbarunya menerusi filem Laga yang mempertaruhkan ramai pelakon berkaliber antaranya Wan Hanafi Su dan Eman Manan.




0 comments:

Post a Comment