ads

Saturday, January 4, 2014

Filled Under:

Lisa Surihani Bukti Cinta Terhadap Yusri Dalam “Kekasih Abadi”



Lisa Surihani dilahirkan sebagai anak seni yang bergelar pelakon, tidak terlintas di hatinya untuk menjadi seorang penyanyi. Namun demi cinta tulusnya terhadap suami, Lisa akhirnya bersetuju untuk berduet bersama Yusri menerusi lagu ciptaan adik iparnya iaitu Edry yang bertajuk “Kekasih Abadi”.

My husband insisted I did this with him, finally agreed after so much convincing. I did it for you Baby. Thank you for the just-for-fun experience :) singing is something that I lack so much confidence for but because it’s with you… I thought again, at least we have one song together to cherish the love we have. Song is written and composed by Dd, my brother-in-law, I thank him too for having faith in me more than i do for myself.”

Kekasih Abadi” merupakan single pertama keluaran KRU Music bagi tahun 2014 dan adalah percubaan sulung Lisa dalam menyampaikan sebuah lagu secara komersial. Lagu ini akan digunakan sebagai lagu tema bagi sebuah program travelog 13 episod, ‘Pasport Cinta Yusry Lisa’ yang bakal disiarkan di RTM 2 mulai bulan Mac.” jelas Lisa.

Lagu yang melambangkan ikrar cinta sejati mereka ini akan dimuatnaik secara rasmi di laman Youtube pada 8 Januari nanti. Sebelum ini, Yusry telah menghadiahkan Lisa sebuah lagu berjudul “Selamat Hari Kita” yang dicipta dan dinyanyikannya bersempena ulangtahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Februari 2013.  

                    

Kekasih Abadi
 
Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh kau hiasi dunia
Syukur kerana Dia mendengar doa-doaku…oh
Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba menjadi nyata…oh

Tak perlulah lagi ku bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
Untuk kekal sehidup semati

Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih abadi

Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambillah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana hidup tanpamu… oh

Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Di sana kasih kita bersemadi





0 comments:

Post a Comment