ads

Friday, November 14, 2014

Filled Under:

MESTI TENGOK !! Bandar Purba Bawah Air Di Temui Di China !!


Ianya merupakan tasik Qiandao di Zhejiang, China yang mempunyai rahsia tersembunyi iaitu sebuah bandar purba bawah air yang terletak di dalamnya.
Ianya telah ditemui pada tahun 2001, oleh ahli arkeologi dan mereka telah menemui runtuhan kota dengan bentuk seperti kuil di dalamnya . Bandar ini juga berukuran kira-kira 62 buah padang sepak bola dengan seni bina purbanya yang cukup mengkagumkan . 
Untuk pengetahuan semua ianya juga digelar dengan nama “Bandar Singa”, atau “Shicheng” dalam bahasa Mandarin, dan bandar ini dipercayai telah dibina semasa dinasti Han pada tahun 208 Masihi .

Bandar ini mendapat jolokan namanya daripada “Lima Singa Gunung” (Five Lion Mountains) yang didakwa telah ditemui berada di bandar purba tersebut. 

Bangunan megah ini terletak kira-kira 26-40 meter di bawah permukaan air, dan sekarang ianya telah menjadi tapak bagi penyelam yang ingin melihat lebih dekat tentang keindahan bandar ini .

Jom layan gambar bandar dasar air yang cukup mengkagumkan ini .










0 comments:

Post a Comment