ads

Sunday, November 16, 2014

Filled Under:

MESTI BACA !! Percutian 40 Sekeluarga Yang Cukup Mengejutkan !!


Pastinya percutian dan kegembiraan 40 sekeluarga semasa bercuti di atas rumah bot di Sungai Lawit Tasik Kenyir, berakhir tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka yang berusia sembilan tahun maut, selepas bot laju dinaiki mereka terbalik pada jam 10 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Daniel Rosapawi yang menaiki bot laju bersama bapa saudara serta dua sepupunya dalam perjalanan ke sebuah lokasi untuk mandi manda, sebelum bot yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan  lalu terbalik.

Sebelum kejadian itu, mangsa bersama kira-kira 40 ahli keluarganya yang lain bercuti dengan menaiki dua rumah bot dan berlabuh di Sungai Lawit kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Selepas bermalam di atas rumah bot berkenaan, mangsa bersama dua sepupu dan bapa saudaranya merancang untuk mandi manda, sebelum menaiki sebuah bot laju kira-kira jam 10 pagi untuk ke lokasi sesuai.

Walau bagaimanapun, selepas kira-kira 50 meter bot laju berkenaan meninggalkan rumah bot, bot laju itu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik dan menyebabkan kesemuanya penumpang tercampak ke dalam air.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, kejadian menimpa mangsa hanya disedari seorang pemancing yang memancing tidak jauh dari lokasi kejadian itu berlaku , sebelum mendapatkan bantuan dari rakan-rakannya yang berada tidak jauh dari situ .

"Pemancing itu dan beberapa rakannya berjaya membantu menaikkan semua mangsa yang memakai jaket keselamatan. Bagaimanapun, Mohd Daniel tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia tidak lama kemudian," katanya.

Menurutnya, mayat Mohd Daniel yang juga murid Sekolah Kebangsaan Jerangau Barat itu kemudian telah dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat, sebelum dituntut ahli keluarga mangsa untuk urusan pengebumian.

Sementara itu , menurut kakak mangsa Nor Aisyatul Aziera Rosapawi, 15, yang turut menyertai percutian itu berkata, dia ternampak bot laju berkenaan terbalik, namun dia tidak menyangka ia akan meragut nyawa adik lelakinya itu kerana semua mereka memakai jaket keselamatan.

Dia yang masih bersedih dengan kejadian yang menimpa adiknya berkata, Mohd Daniel yang tinggal bersama neneknya, Che Samariah Omar, 59, sejak ibu bapa mereka berpisah kira-kira setahun lalu.





0 comments:

Post a Comment