ads

Monday, November 24, 2014

Filled Under:

MESTI BACA !! Misteri Di Kuala Nerus, Disangka Ikan Rupa-rupanya Cukup Mengejutkan !!


Misteri tentang kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah sejak Khamis lalu akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam Sungai Bukit Datu malam tadi.

Menurut maklumat , mayat Amin Sabri Sembak, 44, telah ditemui tersangkut pada pukat bot di jeti nelayan kira-kira jam 11 malam.

Menurut anak saudara mangsa Nurul Huda Che Harun, 27, bapa saudaranya itu yang menghidap penyakit sawan telah keluar rumah kira-kira jam 1 pagi  Khamis.

Ujarnya lagi , kali terakhir orang kampung melihat kelibat mangsa iaitu ketika dia sedang mencabut rumput di taman permainan yang terletak kira-kira 100 meter dari kediamannya, sebelum dia gagal di kesan.

"Pak cik memang ada masalah kesihatan dan selepas beberapa hari tidak melihat dia, kami ada juga mencari di sekitar kampung namun tidak menemuinya.

"Pada mulanya kami sangkakan dia hanya merayau dan akan pulang kerumah. Namun sangkaan kami meleset sehinggalah mayatnya ditemui," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, beliau menerima panggilan telefon daripada penduduk kampung yangmemberitahu pak ciknya ditemui lemas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar mengesahkan penemuan mayat itu.






0 comments:

Post a Comment