ads

Friday, November 21, 2014

Filled Under:

MESTI BACA !! Artis Popular Sibuk Main Telefon Waktu Ditemubual !!


Sudah kerap kali masyarakat kita mendengar kisah artis baru bersikap sombong dan bermasalah di lokasi penggambaran .

Artis ini dilihat seolah-olah tidak bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan, malah ada yang cepat lupa diri setelah popular .

Terbaru , seorang rakan media telah memaklumkan mengenai sikap seorang artis popular yang bertindak acuh tak acuh ketika ditemu bual oleh pihak media!

Sikapnya itu menampakkan bahawa dia tidak serius dan kurang sopan kerana ketika orang sibuk menemubualnya, dia pula sibuk bermain dengan telefon bimbit.

Tindakannya itu dilihat langsung tidak profesional. Sesi temu bual bersama media sebenarnya tergolong sebagai salah-satu bidang kerjanya, jadi sepatutnya dia perlu hormati sesi temubual tersebut .

Namun apa yang berlaku , artis itu tidak berbuat demikian dan terus selamba bermain telefonnya . 

Ekoran daripada itu , setiap soalan yang diajukan kepadanya tidak mendapat jawapan yang sepatutnya hanya sekadar 'menjawab soalan' saja.

Mungkin artis itu merasakan dirinya sudah cukup popular dan sudah tidak lagi memerlukan media untuk menulis mengenai kerjayanya.

Oleh yang demikian diharap artis itu dapat belajar untuk menghormati orang disekelilingnya dan perlu bijak membawa diri 




0 comments:

Post a Comment