ads

Sunday, November 23, 2014

Filled Under:

GEMPAR !! Penemuan Aneh Ikan Keli Emas Dijumpai Di Saratok !!


Memang ianya cukup mengejutkan apabila seekor ikan keli berwarna oren keemas-emasan yang jauh berbeza berbanding ikan keli biasa terperangkap dalam bubu Kasum Ringkai atau lebih dikenali dengan nama Apai Rickey.
Menurutnya , sepanjang usianya mencecah 50-an dia tidak pernah melihat keli berwarna keemas-emasan malah penemuan ikan keli unik itu turut menarik perhatian penghuni Rumah Buchai, Kecoh, 30 kilometer dari pekan Saratok.
Semua penghuni warga emas di rumah panjang kami mengaku tidak pernah melihat ikan keli sedemikian rupa. Ia terperangkap dalam bubu yang saya letak di paya belakang rumah panjang kami,” katanya.
Menurut Apai Rickey, paya itu dipanggil Sungai Rarong oleh penduduk setempat dan ianya memang menjadi lokasinya untuk meletak bubu ikan yang dipanggil bubu duduk.
Berpuluh-puluh ekor ikan keli, haruan, toman serta beberapa jenis ikan air tawar lain di paya ini.Menggunakan kaedah bubu duduk ini berumpankan biji sawit dan ubi, saya memperoleh banyak hasil.
“Tetapi seminggu lepas, sewaktu saya memeriksa bubu duduk yang di paya ini, saya terkejut terlihat seekor ikan berwarna keemas-emasan terperangkap dalam bubu bersama dua ekor keli lain,” kata Apai Rickey ketika ditemui semalam.

Pada mulanya, kata Apai Rickey, ada rasa takut dan ragu-ragu bagi mengeluarkan ikan pelik itu kerana warnanya agak berbeza berbanding ikan keli biasa.
Oleh kerana didorong perasaan ingin tahu, dia telah memberani diri menangkap dan membawa ikan itu balik ke rumah panjang bagi dikongsikan bersama penghuni rumah panjang mereka.
Namun begitu rata-rata warga emas di sini sependapat bahawa inilah kali pertama dalam hidup mereka melihat ikan keli yang seakan-akan ikan emas.
Mereka juga telah menyarankan saya untuk memeliharanya kerana mungkin ada hikmah tersembunyi di sebalik penemuan ini,” ujarnya.
Menurut Apai Rickey, ikan keli itu yang bersaiz lengan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, panjangnya pula sekitar 30 sentimeter.
Tambahnya, setelah dinasihat oleh bapanya, dia akan memelihara keli emas itu dengan meletakkannya di dalam tong air di bilik mandi mereka.
Saya memberi makanan biasa seperti biji kelapa sawit, cacing serta serangga. Dan, ikan keli ini menjadi tumpuan sebab ramai yang datang melihat,” jelasnya panjang lebar .
Berikutan tersebarnya berita tentang penemuan ikan keli yang pelik itu, beberapa penduduk Cina dari Sarikei telah datang dan menawar harga tertentu, namun tawaran itu terpaksa ditolak olehnya .
Kami sekeluarga tidak pasti sama ada akan terus memelihara, melepaskan atau sebaliknya,” kata Apai Rickey dalam nada yang kebingungan. 
-mynewshub




0 comments:

Post a Comment