ads

Saturday, October 25, 2014

Filled Under:

MESTI TENGOK VIDEO !! Gadis Cilik Maut Setelah Berjaya Kuasai 16 !!


Memang cukup mengejutkan apabila bakat muda Indonesia, Gayatri Wailissa, 17, yang terkenal dengan kebolehannya menguasai 16 bahasa asing dan bahasa daerah negara itu meninggal dunia kelmarin dipercayai akibat pendarahan di dalam otaknya .
Menurut ayahnya, Dedy Darwis Wailissa yang dihubungi di Ambon berkata, anaknya itu dilaporkan ada mengadu sakit kepala sejurus sebelum pengsan selepas berjoging kira-kira pada jam 7 malam Isnin yang lalu.
Dia kemudian telah dikejarkan ke hospital oleh saudara-maranya dan meninggal dunia selepas dirawat hampir selama empat hari di hospital berkenaan .
Walaupun sedih atas kehilangan anak gadisnya itu, Dedy berkata dia sekeluarga tetap reda di atas pemergian anak kesayangannya itu .
Jenazah Gayatri telah diterbangkan ke tempat asalnya di Ambon untuk dikebumikan disana .
Menurut sumber lagi , gadis itu dianggap ajaib dan dia digelar doktor cilik kerana mampu menguasai pelbagai bahasa asing, termasuk bahasa Inggeris, Belanda, Mandarin, Arab, Russia dan Tagalog.
Penguasaannya dalam bahasa itu berlaku tanpa Gayatri menghadiri kelas rasmi sebaliknya melalui tontonan filem dan mendengar lagu sahaja .
Disebabkan faktor kemiskinan telah menyebabkan Gayatri tidak dapat mengikuti sebarang kelas pendidikan secara rasmi.
Menurut bapanya lagi , anaknya tidak hanya boleh berbahasa asing sahaja namun anaknya juga turut banyak menghafaz al-Quran .
Selepas tamat sahaja persekolahan, Gayatri telah pergi ke Jakarta dan pernah dipilih untuk mewakili Indonesia dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) di peringkat ASEAN.
Dia juga telah dipilih sebagai penterjemah dalam forum tersebut . 
Video dibawah adalah rakaman saat mayat Gayatri diusung ke tanah perkuburan..

– Agensi




0 comments:

Post a Comment